BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 25 March 2012

inilah kami 5 :)





PUNCA-PUNCA KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH

Inilah realiti betapa parahnya masyarakat kita pada hari ini.
    Bagi sesetengah ulamak, gejala yang mengundang kemurkaan Allah ini adalah berpunca daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang keterlaluan.

    Budaya hedonisme dan candu hiburan, berpeleseran, bersekududukan, mengunjungi pusat-pusat hiburan adalah faktor penyumbang kepada terjebaknya remaja kepada aktiviti perzinaan.
Mengapa kes kelahiran dan pembuangan bayi semakin meningkat di kalangan masyarakat sedangkan dalam tempoh 50 tahun ini sudah banyak program Islam diterapkan dalam pemerintahan?
    Pihak kerajaan pernah ada dasar penerapan nilai-nilai Islam. Negara ini pernah ditonjolkan sebagai negara Islam terbaik di dunia, Islam Hadhari dan terbaru 1Malaysia. Slogan-slogan ini dikatakan telah menarik beberapa orang ulamak muda untuk menyertai Umno.
    Tetapi kerajaan membenarkan pusat hiburan beroperasi tanpa kawalan dengan pelbagai aktiviti maksiat berlaku seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, arak, dadah, dan pelacuran.
    Selain itu, penganjuran konsert hiburan yang terlalu banyak turut menyumbang kepada gejala kelahiran anak luar nikah. persoalannya mengapa kerajaan sanggup membenarkan penganjuran konsert berlangsung tanpa kawalan yang ketat.
    Apakah kerajaan mampu menjamin keselamatan anak-anak gadis dari dinodai dan digoda oleh remaja-remaja lelaki sebaya dengannya? Apakah kerajaan mampu memantau setiap pergerakan remaja dan kemana mereka pergi setelah tamat menonton konsert?
    Tambahan pula, dengan ledakan maklumat melalui internet dan telefon bimbit yang tiada had meloloskan segala kemungkaran dengan mudah untuk diakses.
    Penekanan terhadap tarbiyah dan pendidikan agama yang longgar menyemarakkan lagi faktor kelahiran anak luar nikah. Sistem pendidikan negara hari ini gagal membentuk peribadi dan syakhsiyah remaja untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah dan bagaimana masyarakat boleh mengharapkan generasi akan datang menjadi insan yang baik dan bebas dari maksiat sedangkan generasi yang lahir pada hari ini ramai lagi yang jahil dan buta agama?
    Apa nak jadi dengan umat Islam dan bangsa Melayu dalam negara ini?
    Dalam akhbar sehari dua ini juga didedahkan terdapat pelacur di kalangan pelajar sekolah. Jika begini, bagaimana dapat dibendung gejala maksiat?
    Ada yang berkata, tindakan satu pihak menyediakan pusat ‘bayi tong sampah’ iaitu anak luar nikah yang dibuang oleh ibunya, juga menyebabkan pelaku-pelaku zina ini pada masa akan datang tidak takut lagi untuk ‘terlanjur’ dan mengandung kerana tempat simpan bayi mereka sudah ada dan mendapat peruntukan kerajaan.

ANAK LUAR NIKAH MEMERINTAH DUNIA?

     Bagaimanalah untuk membayangkan dunia di perintah oleh anak-anak luar nikah ini? Inikah yang dinamakan kebebasan. Kebebasan yang di katakan sebagai hak manusia. Hak manusia melakukan apa sahaja. Memang anak yang lahir itu tiada salahnya. Namun, kita sendiri sedia maklum natijahnya. Rasanya tak perlulah berbicara dari segi hukum agama. Rasanya tiada agama yang menghalalkannya. 

    
Tak dapat saya bayangkan... satu hari nanti sekolah akan dipenuhi dengan anak-anak sebegini. Apakah yang akan terjadi. Yang ada sekarang pun dah bermacam-macam rupa...

JUMLAH ANAK LUAR NIKAH

  Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

  Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

   Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial.


     Jumlah ini perlu dikurangkan dengan kadar yang segera bagi memelihara para remaja di dalam negara ini. remaja yang senang terpengaruh dengan budaya barat yang makin diagung-agungkan mempunyai unsur yang tidak sihat  bagi minda dan mentaliti para remaja di Malaysia. Setiap tahun pasti graf akan meningkat,jadi pihak yang terbabit perlulah mengambil tindakan yang lebih tegas bagi menangani gejala ini.

HAK ANAK LUAR NIKAH

  Tokoh agama tempatan berpendapat keputusan Mahkamah Perlembagaan Indonesia berhubung hak anak luar nikah, sama sekali tidak boleh diterima pakai di negara ini.

  Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid berkata, keputusan itu sangat bercanggah dengan hukum syarak dan keputusan fatwa kebangsaan dan negeri-negeri.
"Ia perlu ditolak dan tidak boleh dipraktikkan di negara ini kerana ia jelas bercanggah dengan agama Islam dan apa yang dipraktikkan di negara kita selama ini.
"Meskipun anak luar nikah boleh membuktikan melalui profil asid deoksiribonukleik (DNA) sekalipun, hukum syarak sudah jelas menolak dan tidak mengiktiraf mereka dalam perihal menuntut sebarang hak kepada bapa," katanya .

  Tambahnya, walaupun secara biologikal anak luar nikah boleh membuktikan secara saintifik dan disahkan sendiri oleh bapanya, dalam agama hukumnya tetap jelas dan nyata.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita di Indonesia tentang Mahkamah Perlembagaannya bersetuju memberi anak luar nikah dan anak yang lahir di luar pernikahan rasmi mendapatkan hak hubungan darah dan hubungan sivil dengan bapa dan keluarga bapa.

  Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, keputusan mahkamah Indonesia tersebut sama sekali tidak boleh diterima apalagi dipraktikkan di negara ini.
Perihal hak anak luar nikah sudah jelas dinyatakan dalam hukum syariat, al-Quran, hadis, ijmak ulama, malah sudah digariskan dalam mahkamah syariah serta enakmen di setiap negeri.
Berdasarkan Prof Salleh Buang, anak luar nikah boleh mendapatkan hak-hak tersebut termasuk mewarisi harta pusaka sekiranya nasab bapa sendiri membenarkan atau bersetuju untuk berbuat demikian.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat.
Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.
Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.
Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah  WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini.
Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?
************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.